Terma dan Syarat
- D'Hana Homestay dikhaskan untuk tetamu beragama ISLAM (yang muhrim sahaja) sahaja.
- Tempahan hanya akan disahkan (status ‘Booked’) setelah 50% daripada bayaran (deposit RM 100 dan bayaran pendahuluan) diterima. Sebagai contoh: 50% daripada bayaran untuk dua malam + deposit = 50% (RM250*2 + RM100) = RM300. Anda perlu membayar RM300 untuk menempah D'Hana Homestay.
- Bayaran untuk tempahan boleh dibuat melalui ‘Maybank cash deposit’ atau Maybank2u atau secara tunai. Sila simpan / email bukti pembayaran (masa,tempat,tarikh) anda kepada kami ke [email protected].
- Tempahan yang berstatus ‘Pending’ (belum buat bayaran tempahan) akan dibatalkan sekiranya terdapat pelanggan lain yang lebih pantas membuat bayaran tersebut.
- Bayaran penuh (RM250/semalam) hendaklah dibuat dalam RM secara tunai sewaktu penyerahan kunci homestay ketika mendaftar masuk.
- Bayaran pendahuluan tempahan hanya akan dipulangkan sebanyak 40% jika tempahan dibatalkan di saat-saat akhir (dua hari sebelum daftar masuk).
- Masa masuk adalah pada jam 2:30 petang dan masa keluar pada jam 12:30 tengahari.
- Sentiasa memastikan semua suis elektrik, lampu dan kipas ditutup selepas digunakan atau semasa meninggalkan rumah.
- Sentiasa menjaga kebersihan dan kekemasan D'Hana Homestay sepanjang menginap di sini.
- Sebarang perbuatan menyalahi hukum agama dan menggangu ketenteraman kawasan kejiranan adalah DILARANG sama sekali.
- Aktiviti-aktiviti berunsur jenayah dan/atau tidak bermoral termasuk parti liar adalah DILARANG sama sekali.
- Penghuni DILARANG membawa haiwan peliharaan.
- Penghuni DILARANG membawa masuk minuman keras dan bahan-bahan yang haram seperti khinzir/babi ke dalam D'Hana Homestay.
- Penghungi DILARANG merokok di dalam premis D’Hana Homestay
- Pihak kami berhak untuk tidak mengembalikan deposit atau mengenakan apa-apa caj atau tindakan sewajarnya jika penghuni gagal mematuhi perkara 1 hingga 14.
- Pihak kami berhak membatalkan tempahan pelanggan dan mengembalikan bayaran tempahan sekiranya perlu mengikut keadaan tertentu.
- Keselamatan penghuni dan barangan mereka adalah penting. Oleh itu, penghuni dinasihatkan supaya:
- Sentiasa mengawasi barangan berharga (laptop, hp, barang kemas, beg duit dll) dengan baik.
- Memastikan semua pintu dan tingkap ditutup/kunci apabila meninggalkan rumah atau tidur pada waktu siang dan malam.
PIHAK PENGURUSAN D'HANA HOMESTAY TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEGALA KEHILANGAN, KEROSAKAN, KECEDERAAN TUBUH BADAN ATAU KEHILANGAN NYAWA PENYEWA ATAU TETAMU MEREKA DAN HARTA BENDA MASING-MASING ATAS APA JUA SEBAB KERANA APA YANG BERLAKU SEMEMANGNYA BERADA DILUAR KAWALAN PIHAK PENGURUSAN. KESELAMATAN PENGHUNI ADALAH TANGGUNGJAWAB SENDIRI. KAMI HANYA TERIKAT UNTUK MENYEDIAKAN KEMUDAHAN YANG SELESA UNTUK ANDA.
Kerjasama penghuni amatlah dialu-alukan dan sangatlah dihargai. Terima kasih kerana sudi berurusan dengan kami.